Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Perkembangan banjir di Kelantan setakat jam 3.30 petang, hari ini, melaporkan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang mula dibuka buat masa ini.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, sebanyak tiga operasi penyelamat mangsa banjir sedang beroperasi di jajahan Tanah Merah Kampung Repah Batu Gajah, Kampung Air Merah dan jajahan Kuala Krai Sungai Durian Kampung Ladang Pasir Gajah.
Sementara itu terdapat laporan mengenai tanah runtuh pada jam 1.38 di Kampung Ngangah, Kuala Krai yang mana tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.
Manakala laporan paras air sungai di negeri Kelantan menunjukkan trend menaik di kebanyakan sungai iaitu di Sungai Kelantan (Air Lanas), Sungai Golok (Rantau Panjang) dan Sungai Golok Kampung Jenob. manakala paras sungai lain berada dalam keadaan normal.
Sementara itu menurut METMalaysia amaran cuaca buruk dan hujan berterusan di seluruh Kelantan sehingga esok.
IMedikel TV






