Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Segelintir masyarakat gemar menahan kencing dalam masa lama terutamanya pada waktu malam kerana malas untuk pergi ke tandas.
Tanpa disedari, tabiat tersebut boleh membahayakan kesihatan diri mereka.
Bukan sahaja bahaya, malah mendatangkan ketidakselesaan selain merasa sakit pada pundi kencing.
Namun ada yang menahannya sehingga hampir dua jam.
Kadangkala, sakit itu juga boleh dirasakan di bahagian belakang bawah (lower back) sekiranya tekanan pada pundi kencing meningkat.
Ini kerana ia berfungsi untuk menampung air kencing sehingga had tertentu sahaja, jika melebihi kapasitinya ia menyebabkan pundi kencing mengembang dan menekan tisu di sekitarnya, mengakibatkan rasa sakit.
Antara sebab lain boleh membahayakan kesihatan diri ialah:
1.Kerengsaan otot pundi kencing: otot pundi kencing yang tegang kerana menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan kekejangan dan sakit.
2.Pengaliran darah terganggu: tekanan yang tinggi dalam pundi kencing boleh mengganggu pengaliran darah di kawasan tersebut, yang menyumbang kepada rasa tidak selesa atau sakit.
3.Risiko jangkitan saluran kencing: menahan kencing dalam masa lama boleh meningkatkan risiko bakteria berkembang dalam pundi kencing kerana air kencing tidak dibuang pada waktu yang sepatutnya.
4.Refluks vesicoureteral: dalam kes lebih serius, tekanan yang sangat tinggi boleh memaksa air kencing mengalir semula ke buah pinggang (refluks), menyebabkan sakit di bahagian belakang bawah dan meningkatkan risiko kerosakan buah pinggang.
Orang ramai perlu mengambil serius akan masalah ini kerana ia sangat berbahaya dan boleh membawa kepada penyakit buah pinggang.
Jadi, elakkan menahan kencing terlalu lama dan perlu segera buang air kecil apabila rasa ingin membuang, terutama jika kerap mengalaminya.
IMedikel TV






