Home Segmen Kesihatan PEMAKAIAN KASUT TIDAK SESUAI JEJAS KESIHATAN KAKI DAN POSTUR BADAN

PEMAKAIAN KASUT TIDAK SESUAI JEJAS KESIHATAN KAKI DAN POSTUR BADAN

287
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ramai yang ingin kelihatan cantik dan bergaya dengan pemakaian kasut tumit tinggi kerana mempunyai gaya berjalan lebih menarik.

Namun, anda pernah dengar pepatah kata “beauty is pain? Nak cantik sampai sanggup menanggung kesakitan.

Pemilihan kasut yang tidak sesuai dengan bentuk dan saiz kaki boleh membawa pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan.

Pemakaian kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan pelbagai masalah, termasuk kesakitan tumit (plantar fasciitis), bunion (kecacatan pada sendi ibu jari kaki), kapalan atau callus adalahkulit yang menebal dan mengeras, dan masalah postur.

Selain itu, pemakaian kasut tanpa sokongan lengkung yang mencukupi juga boleh memberi tekanan berlebihan pada tapak kaki. Ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang lebih serius seperti sakit belakang, lutut, dan pinggul akibat postur badan yang tidak seimbang.

Seharusnya kita perlu memilih kasut yang lebih sesuai untuk keselesaan kaki kita supaya tidak berlaku kesakitan. kepentingan memilih kasut yang selesa, mempunyai sokongan lengkung yang baik, serta tapak yang tidak licin.

Individu yang mempunyai bentuk kaki tertentu, seperti kaki rata (flat feet) atau lengkungan kaki tinggi (high arch), dinasihatkan untuk mendapatkan kasut khas atau menggunakan pelapik kaki (insoles) yang sesuai.

Sebagai langkah pencegahan, kita digalakkan untuk lebih prihatin terhadap keperluan kesihatan kaki, kerana kesihatan kaki yang baik menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan tubuh badan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here