Home Segmen Kesihatan KENALI JENIS SAKIT KEPALA DAN CABARANNYA

KENALI JENIS SAKIT KEPALA DAN CABARANNYA

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Sakit kepala merupakan satu simptom yang biasa dialami oleh kebanyakan individu, namun terdapat perbezaan tahap kesakitan yang dialami.

Secara umumnya, sakit kepala tidak termasuk dalam gangguan otak yang serius dan ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.

Kadangkala istilah pening digunakan oleh pesakit bagi menerangkan sakit kepala.

Justeru pengamal perubatan perlu memastikan dengan tepat maksud sakit kepala atau pening yang dimaklumkan kerana kedua-dua simptom tersebut berbeza.

Menurut Profesor dalam bidang Perubatan Kecemasan, Kamarul Aryffin Baharuddin berkata, walaubagaimanapun sakit kepala dan pening boleh berlaku serentak kepada mana-mana pesakit.

“Sakit kepala terbahagi kepada dua iaitu sakit kepala primer dan sekunder.

“Sakit kepala primer ialah sakit kepala tegang, migrain dan sakit kepala kluster. Sakit kepala tegang boleh bertahan dengan sendirinya atau bantuan ubat manakala migrain agak kronik dan berulang sekaligus menjejaskan kualiti kehidupan seharian,” katanya ketika pemberita, baru -baru ini.

Kamarul Aryffin berkata, kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pesakit migrain di Malaysia tidak diberikan rawatan yang terbaik untuk masalah kesihatan mereka.

Justeru, bersenam dan berhenti merokok juga dapat membantu mengawal penyakit tersebut.

“Sakit kepala sekunder pula ada yang serius seperti sinusitis manakala ada yang tidak serius seperti strok, ketumbuhan atau jangkitan kuman.

“Pesakit yang mempunyai sakit kepala sekunder akan menjalani imbasan otak bagi menentukan punca sakit kepala tersebut,” katanya.

Jelasnya, sakit kepala mempunyai beberapa cabaran antaranya cabaran diagnosis kerana kadangkala simptom sakit kepala tidak ketara dan tiada sebarang abnormaliti pada pemeriksaan neurologi.

Oleh itu, ia boleh menyebabkan pengamal perubatan terlepas daripada memberikan diagnosis sakit kepala sekunder yang serius.

“Selain itu, cabaran lain ialah ujian imbasan otak yang hanya disediakan di hospital utama sahaja dan tidak disediakan di klinik kesihatan serta jumlah kos yang tinggi untuk ujian imbasan ini,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here