Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di enam buah negeri menurun 1,531 orang setakat jam 10.00 pagi ini.
Menurut portal InfoBencana JKM kesemua mangsa daripada 468 keluarga masih berada di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Pahang dan Melaka.
Terengganu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi 955 orang, Negeri Sembilan 238, Johor 166, Perak 112, Pahang 49 dan Melaka 11 mangsa.
Sementara itu portal infobanjir pula merekodkan empat sungai di Terengganu melebihi tahap bahaya dengan trend air menaik.
Empat sungai tersebut adalah Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja, Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih, Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak.
Manakala empat sungai di Pahang juga melebihi tahap bahaya dengan trend air menaik.
Empat sungai itu adalah Jambatan Chegar Perah, Lipis, Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan dan Sungai Kechau di Kampung Dusun, Lipis.
IMedikel TV






