Home Hiburan STACY ‘BUSKING’ DI BUKIT BINTANG, RAMAI YANG KAGUM

STACY ‘BUSKING’ DI BUKIT BINTANG, RAMAI YANG KAGUM

191
0

KUALA LUMPUR: Video penyanyi, Stacy Anam, 34, ‘busking’ di Bukit Bintang, di sini, yang dimuat naiknya di Facebook mendapat sorotan ramai sehingga mencecah lebih satu juta tontonan.

Stacy dilihat mempesonakan orang ramai di lokasi terbabit dengan aksi selamba mendendangkan lagu popularnya, Jahat dengan diiringi Mawar Berduri Buskers.

“Nyanyi tepi jalan pun banyak orang datang. Tak perlu konsert pun. Dia adalah legenda dan memiliki aura tersendiri,” itu antara komen netizen.

Walaupun berbekalkan sistem bunyi biasa, Stacy tetap mempamerkan nyanyian bertenaga. Malah, nyanyian secara langsungnya seperti suara dalam rakaman lagu itu.

“Ini barulah penyanyi, suara ‘telan’ CD (cakera padat). Di luar atau dalam CD suara sama saja. Penyanyi sekarang dalam CD sedap bila ‘live’ hanyut, tak sampai,” puji seorang netizen.

Ramai turut percaya bahawa juara Akademi Fantasia 6 (AF6) itu selayaknya sudah perlu adakan konsert solo sendiri kerana memiliki deretan lagu popular.

“Stacy sudah boleh buat konsert solo dah. Pasti tiket terjual habis sebab Stacy ada lagu sendiri,” komen netizen.

Dalam video berkenaan, Stacy menarik perhatian ramai untuk menonton dan merakam video aksinya itu. Penonton turut bersorak dan terpukau dengan nyanyiannya.

Terdahulu, penyanyi kelahiran Penampang, Sabah itu meraih perbualan hangat selepas memutuskan untuk menarik diri daripada konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku. – Hmetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here