Home Sukan SPURS BEBAS BELI PEMAIN – POSTECOGLOU

SPURS BEBAS BELI PEMAIN – POSTECOGLOU

138
0

LONDON: Ange Postecoglou yakin Tottenham akan memasuki pasaran perpindahan pemain hujung musim ini tanpa perlu bimbang mengenai berbelanja tidak seperti pencabar mereka dalam Liga Perdana Inggeris.

Spurs menerbitkan keputusan kewangan 2022/23 mereka Rabu lalu yang menunjukkan jumlah pendapatan meningkat kepada £549.6 juta (RM3.29 bilion), naik daripada £444 juta (RM2.66 bilion).

Kerugian sebanyak £86.8 juta (RM520.7 juta) dikaitkan dengan “pelaburan yang besar dan berterusan dalam skuad bola sepak.”

Pengerusi Tottenham, Daniel Levy juga berkata Spurs sedang berbincang dengan bakal pelabur dalam usaha untuk “memanfaatkan potensi jangka panjang kami.”

Postecoglou berkata beliau hanya fokus terhadap bola sepak.

“Perbincangan saya mengenai isu sebegitu bukanlah perkara kecil dalam kunci kira-kira,” jelas pengurus Tottenham itu menjelang kunjungan Nottingham Forest ke Stadium Tottenham Hotspur awal pagi Isnin ini.

“Ia mengenai kami merancang untuk membina skuad yang berpotensi untuk berjaya. Jadi itulah yang kami lakukan dan tiada apa yang akan keluar dalam kunci kira-kira akan mengganggu rancangan itu.”

Spurs ketika ini menghuni tangga kelima liga dengan berbaki lapan perlawanan.

Tangga keempat akan memastikan tiket ke Liga Juara-Juara musim depan dan pasukan yang berakhir di tangga kelima mungkin juga akan layak, bergantung kepada rekod kelab EPL dalam pertandingan Eropah musim ini.

Layak ke Liga Juara-Juara akan meningkatkan kewangan kelab itu, namun Postecoglou berkata ia bukan pertimbangannya sebagai pengurus.

“Kami bukannya bank, kami kelab bola sepak,” katanya. “Kami bukannya institusi kewangan. Saya tidak diukur dengan kunci kira-kira pada hujung tahun.

“Apa yang saya katakan adalah Liga Juara-Juara, hebat. Wang, hebat. Adakah ia bermakna kami akan berakhir di tangga ketiga musim depan? Tidak. Hakikatnya ia mungkin akan lebih mencabar lagi.

“Jadi peranan saya adalah tidak perlu bimbang mengenai tekanan kewangan untuk layak ke Liga Juara-Juara.

“Ia adalah untuk membentuk skuad yang harapnya boleh bersaing dalam Liga Juara-Juara dan terus meningkat dalam Liga Perdana serta berjaya dalam pertandingan piala. Di situlah saya dinilai.”

– AFP,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here