Home Hiburan SHIQIN KAMAL ‘ANAK EMAS’ ADRIAN TEH?

SHIQIN KAMAL ‘ANAK EMAS’ ADRIAN TEH?

319
0

KUALA LUMPUR: “Saya selesa dengan cara kerja Adrian. Dia seorang yang berdisiplin dan profesional,” kata pelakon, Shiqin Kamal, 33, ketika diminta mengulas dakwaan dirinya ‘anak emas’ Adrian Teh kerana kerap bekerjasama dengan pengarah terkenal itu.

Memetik laporan Harian Metro, Shiqin juga sudah bekerjasama dalam lima projek filem sentuhan Adrian antaranya Ada Hantu, Ada Hantu 2, Reversi, Malbatt : Misi Bakara dan terbaru, Martabat Misi Berdarah arahan bersama Adrian dan pelakon Zahiril Adzim.

Shiqin atau nama sebenarnya, Nur Ashiqin Kamal berkata, pengarah prolifik itu juga seorang yang bijak ketika berkarya.

“Bila Adrian mahukan sesuatu dia akan jelaskan mengapa dia susun begitu.

“Kadang-kadang ada rasa janggal bila berlakon dengan produksi lain. Tapi, saya cuba untuk tidak bandingkan kerana setiap produksi dan kru berbeza,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem lakonannya, Martabat Misi Berdarah di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, mengenai wataknya dalam filem Martabat Misi Berdarah pula, kata Shiqin, dia perlu menjayakan babak aksi dalam filem itu.

“Pihak produksi juga hantar saya masuk kelas aksi untuk menjiwai babak berlawan dengan musuh.

“Saya juga tidak mengalami sebarang kecederaan ketika menjayakan babak aksi dalam filem itu.

“Paling mencabar untuk menjiwai babak melatah kerana ia perlu nampak ‘natural’ (tidak seperti dibuat-buat),” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here