Home Buletin Semasa LELAKI TERJUN SUNGAI ARING MASIH BELUM DIJUMPAI

LELAKI TERJUN SUNGAI ARING MASIH BELUM DIJUMPAI

389
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

GUA MUSANG: Seorang lelaki yang dilaporkan lemas selepas terjun ke dalam Sungai Aring 2, di sini, masih belum ditemui.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Che Razak Harun memaklumkan, berdasarkan maklumat pihak polis, pihaknya mendapati mangsa dipercayai melarikan diri dan terjun ke dalam sungai itu, semalam.

“Setakat ini mangsa masih belum dapat dikesan, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan,” katanya.

Katanya, seramai empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang dan enam anggota polis digerakkan bersama sebuah jentera dan bot ke lokasi kejadian.

Pihaknya sebelum itu menerima panggilan melalui sistem MERS999 pada jam 8.34 pagi tadi.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here