Home Sukan RAMOS BANTU MONTERREY IKAT INTER

RAMOS BANTU MONTERREY IKAT INTER

272
0

LOS ANGELES: Finalis Liga Juara-Juara Eropah, Inter Milan seri 1-1 menentang kelab Mexico, Monterrey pada aksi pembukaan Kumpulan E Piala Dunia Kelab di Pasadena.

Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, Inter menguasai permainan tetapi Monterrey terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain 39 tahun, Sergio Ramos pada minit ke-25.

Kelab Itali itu menyamakan kedudukan tiga minit sebelum rehat bola sepakan percuma Kristjan Asllani disambut Carlos Augusto sebelum disempurnakan Lautaro Martinez.

Nelson Deossa mempunyai peluang keemasan untuk kembali meletakkan Monterrey di depan dalam masa kecederaan tetapi percubaannya tersasar. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here