Home Hiburan SHINDONG BIKIN GEMPAR

SHINDONG BIKIN GEMPAR

173
0

Annyeonghaseyo! Shindong menarik perhatian ramai dengan penampilan berbeza terutama susuk tubuh yang kelihatan lebih langsing hingga mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat setia di media sosial.

Memetik laporan Harian Metro, Shindong berkongsi foto melancong di Amerika Syarikat pada 4 Februari lalu dalam akaun peribadinya dan seronok apabila dapat melihat banyak tempat serta pengalaman baharu.

Foto berkenaan diambil di tepi pantas berhampiran Irvine dalam Orange County sambil menikmati detik santai dengan latar belakang pemandangan yang cukup mempesona.

Perkara paling menonjol adalah perubahan bentuk badan dia kerana penurunan berat badan itu kelihatan sangat ketara walaupun dia sekadar memakai baju ‘hoodie’ dan seluar sukan.

Fizikalnya nampak lebih menawan berbanding imej berisi dahulu hingga ramai memberi komen dia ternyata berjaya hasil daripada diet ketat diamalkan sekian lama.

Rahang wajahnya kelihatan lebih tajam manakala rangka badan kian mengecil. Ramai memuji usaha jangka panjangnya menguruskan berat badan jelas membuahkan hasil berbaloi.

Shindong turut menyatakan kunjungan terbabit juga sebenarnya bagi menjayakan sebuah sesi penggambaran kandungan menarik untuk dimuat naik ke saluran Youtube miliknya.

Anggota Super Junior itu pernah berterus-terang mengenai kitaran diet berulang serta kenaikan berat badan semula menerusi episod program Problem Child in House. Dia turut berkongsi pengalaman peritnya.

Dia sempat bergurau mengenai kesukaran itu dengan menyatakan dia boleh mencapai 200 kilogram jika mahu tetapi kini sedang menguruskan badan terbabit menggunakan cara tersendiri sahaja.

Dia juga mendedahkan pengalaman diet penuh emosi dengan memberitahu bahawa ubat Wegovy tidak berkesan untuknya malah doktor turut mengakui badannya lebih kebal berbanding ubat kurus itu.-HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here