Home Hiburan LUPA ‘PASSWORD’ UNTUK BERCINTA – AMELINA

LUPA ‘PASSWORD’ UNTUK BERCINTA – AMELINA

209
0

PETALING JAYA: Penyanyi dangdut Amelina mengakui berdepan pelbagai dugaan dan cabaran spanjang 10 tahun bergelar ibu tunggal.

Memetik laporan Harian Metro, Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin, 51, gigih membesarkan enam anaknya sendirian dan kini baru perasan mereka sudah menginjak dewasa.

“Rupanya Along (saya) dah 10 tahun janda. Rupanya dalam masa 10 tahun itu Along berjaya sediakan kelengkapan dan tanggung mereka.

“Anak-anak dah besar baru kita rasa macam, eh, mana datang duit Along? Mana datang? Jadi Along rasa macam alhamdulillahlah… bersyukur sangat sebabnya rezeki itu tak putus.

“Bukan nak kata apa tapi rezeki itu tak putus-putus datang terutama dari karier nyanyian sampai anak dah besar dan mula berdikari,” katanya.

Amelina berkata demikian ketika ditemui hadir pada majlis Preview Set Berbuka Ramadan di Seoul Garden Korbi Grill di Jaya Shopping Centre, di sini, semalam.

Ditanya sekiranya bertemu jodoh lagi selepas ini, Amelina yang popular menerusi lagu Asyik berkata, perkara itu seakan sukar kerana dia sudah biasa berdikari.

“Untuk dapat seorang lelaki yang sesuai, mungkin mereka yang takut nak mendekati Along. Dan Along pun tak ada masa nak bercinta.

“Lepas itu nak bercinta kita dah rasa macam nak ulang balik? Faham tak? Aduh Along dah lupa ‘step, password’.

“Sebenarnya ada juga kawan-kawan yang cuba mengesyorkan untuk saya berkawan dengan lelaki. Bila orang itu ‘call’ (hubungi) Along buat bodoh saja,” katanya.

Amelina memaklumkan tidak tahu cara untuk menerima kehadiran lelaki terbabit dalam hidupnya sedangkan individu itu mengharapkan perkara itu berlaku.

“Along suka tengok Erra Fazira yang kembali berumah tangga dan bahagia. Lepas itu bak kata orang kalau kita nak tengok lelaki itu sayang ke tidak, bila wanita itu bercakap dia akan memandang macam itu tak habis.

“Along rasa alah, untungnya dia, sebab kita nak lelaki yang macam itu. Maknanya untuk meluluhkan hati Erra Fazira bukan mudah,” katanya.-HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here