Home Luar Negara SERANGAN BOM DI UTARA AFGHANISTAN

SERANGAN BOM DI UTARA AFGHANISTAN

183
0

Serangan ke atas Mohammad Dawood Muzammil di ibu kota wilayah Balkh, Mazar-I-Sharif pada Khamis lalu menandakan pembunuhan salah seorang pegawai tertinggi sejak taliban kembali berkuasa pada 2021.

Letupan semalam berlaku pada acara menghormati media Afghanistan di sebuah pusat kebudayaan di Mazar-I-Sharif.

Menurut polis, seorang pengawal keselamatan terbunuh dan lima wartawan adalah antara yang cedera.

“Saya mendengar dentuman kuat. Kemudian berlaku keadaan kelam kabut berikutan semua orang cuba mencari jalan menyelamatkan diri.”

Kata wartawan Afghanistan, Atif Arian, yang cedera dalam letupan itu kepada AFP.

Kata jurucakap polis, Balkh Mohammad Asif Waziri, sebilangan wartawan cedera parah, sambil memaklumkan tiga kanak-kanak antara yang tercedera.

Arian berkata, letupan berlaku ketika sekumpulan kanak-kanak menyanyikan lagu, beberapa minit selepas seorang pegawai taliban menyampaikan ucapan.

Wartawan Afghanistan sering menjadi sasaran sebelum Taliban merampas semula kuasa, dengan beberapa serangan didakwa oleh daesh.

Pengarah program Asia di jawatankuasa melindungi wartawan, Beh Lih Yi, berkata, menyasarkan wartawan yang berada dalam suatu acara untuk menghormati mereka adalah tindakan yang keji dan pengecut.

“Taliban perlu menyiasat segera insiden ini dan membawa pelaku ke muka pengadilan serta menamatkan impuniti bagi mereka yang menyasarkan wartawan.” – Beh Lih Yi, Pengarah Program Asia di jawatankuasa melindungi wartawan

Sehingga kini, tiada kumpulan mengakui melakukan serangan itu.

Keganasan di seluruh afghanistan dilaporkan menurun sejak taliban merampas kawalan tetapi keselamatan kembali merosot, dengan daesh mendakwa pihaknya melakukan beberapa serangan maut.

Gabenor Balkh, Muzammil dibunuh oleh pengebom berani mati Daesh beberapa minit selepas beliau tiba di pejabatnya di Mazar-I-Sharif.

Kumpulan jihad itu muncul sebagai cabaran keselamatan terbesar kepada kerajaan taliban sejak tahun lalu, melakukan serangan terhadap orang awam Afghanistan serta warga asing dan kepentingan asing.

Taliban dan Daesh berkongsi ideologi islam syiah yang ketat, tetapi kedua pihak itu berjuang untuk menubuhkan ‘Khalifah’ global dan bukannya matlamat taliban untuk memerintah Afghanistan yang merdeka. 

Sumber: BH Online & AFP

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here