Home Luar Negara SENAT PERANCIS LULUS PEMBAHARUAN PENCEN KONTROVERSI

SENAT PERANCIS LULUS PEMBAHARUAN PENCEN KONTROVERSI

161
0

Undian itu dibuat beberapa jam meskipun ratusan ribu orang berhimpun di jalanan memprotes perkara itu di seluruh negara, walaupun jumlah itu jauh lebih sedikit daripada apa yang dijangkakan.

“Satu peringkat penting telah diluluskan,” kata Perdana Menteri, Elisabeth Borne kepada AFP selepas pengundian selesai, sambil menambah beliau yakin kerajaan mempunyai majoriti parlimen untuk membolehkan pembaharuan itu diluluskan menjadi undang-undang.

Pindaan itu akan meningkatkan umur pencen minimum daripada 62 kepada 64 tahun dan memerlukan 43 tahun bekerja menjelang 2030 untuk memperoleh pencen penuh.

Kerajaan berhujah bahawa sistem sedia ada dijangka mengalami defisit dalam tempoh sedekad apabila penduduk Perancis semakin tua dan jangka hayat semakin panjang.

Satu jawatankuasa kini dalam peringkat menghasilkan draf akhir, yang kemudiannya akan diserahkan kepada kedua-dua dewan parlimen untuk undian terakhir.

Sekiranya kerajaan Macron gagal mengumpulkan majoriti sebelum pengundian, Borne boleh menggunakan artikel 49/3, iaitu alat perlembagaan yang jarang digunakan dan sangat kontroversi, bagi meneruskan perundangan tanpa undi. 

Sumber: BH Online & AFP

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here