Home Segmen Kesihatan SELSEMA PUNCA TIDUR BERDENGKUR

SELSEMA PUNCA TIDUR BERDENGKUR

190
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Berdengkur ketika tidur merupakan satu fenomena biasa dan lebih kerap berlaku pada individu lelaki berbanding wanita.

Individu yang berdengkur akan mengalami bunyi serak atau keras ketika udara melalui tisu pada bahagian leher, yang menyebabkan tisu bergetar ketika bernafas.

Ia boleh dianggap satu perkara normal, namun, ada masanya ia boleh menunjukkan masalah kesihatan yang serius dan boleh menjadi semakin teruk seiring dengan pertambahan usia.

Selain itu, ia jua sering dikaitkan dengan gangguan tidur yang dirujuk sebagai apnea tidur obstruktif (OSA).

Bunyi dengkur adalah berbeza, bergantung kepada bagaimana udara terhad di hidung, mulut, atau tekak.
Antara punca berdengkur yang dikaitkan dengan masalah kesihatan ialah:

  • Mengalami selesema dan alahan akan membuatkan keadaan berdengkur semakin teruk yang disebabkan kesesakan hidung dan bengkak tekak.
  • Masalah berat badan berlebihan kerana pertambahan lemak yang berlebihan pada leher yang menghalang saluran udara apabila anda berbaring.
  • Ada masanya bentuk anatomi mulut juga boleh menjadi punca dengkur kerana terdapat tisu dan saiz tonsil yang mengehadkan aliran udara.
  • Pengambilan alkohol yang terlalu banyak sebelum tidur.
  • Masalah hidung, kekurangan tidur serta posisi tidur juga boleh menjadi penyebab berlakunya dengkuran.
  • Ubatan yang diambil juga boleh menjadi antara punca dengkur.

Oleh sebab itu, anda yang mengalami masalah ini perlu mengambil langkah pencegahan agar tidak menjadi semakin teruk.

Untuk merawat masalah berdengkur, perubahan gaya hidup merupakan langkah pertama yang akan dicadangkan, seperti:

  • Menurunkan berat badan
  • Mengelakkan pengambilan alkohol hampir dengan waktu tidur hidung tersumbat.
  • Dapatkan tidur yang mencukupi.
  • Tukar posisi tidur; hindari tidur terlentang, sebaliknya tidur secara mengiring.
  • Tidur waktu yang sama setiap makan.
  • Gunakan bantal tambahan.
  • Berhenti merokok dan rawat masalah alahan kronik.

Namun begitu, sekiranya masalah ini berlanjutan mungkin anda perlu berjumpa doktor untuk membantu mendapatkan tidur yang lebih baik dan meningkatkan kualiti hidup.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here