Home Sukan PENYOKONG BERTEMPUR, AKSI WOLVES-WEST BROM DIHENTIKAN

PENYOKONG BERTEMPUR, AKSI WOLVES-WEST BROM DIHENTIKAN

WEST BROMWICH: Pertembungan Piala FA antara Wolves dengan seteru setempat, West Bromwich Albion hari ini dihentikan selepas penyokong bergaduh sehingga ada yang cedera.

Memetik laporan AGENSI meneusi berita harian,Permainan dihentikan oleh pengadil, Thomas Bramall pada lewat separuh masa kedua di Hawthorns apabila penyokong menyerbu ke dalam padang ketika pergaduhan berlaku di satu sudut stadium berkenaan.

Seorang penyokong dilihat diiringi keluar dengan darah mengalir akibat luka di kepalanya.

Insiden buruk itu berlaku dalam pertemuan pertama antara kedua-dua seteru dengan peminat dibenarkan menyaksikan perlawanan selepas 12 tahun.

Keganasan meletus sejurus selepas Matheus Cunha menjaringkan gol untuk memberi Wolves mendahului 2-0 pada minit ke-78 pertembungan pusingan keempat.

Samseng bola sepak West Brom kelihatan menyerang penyokong Wolves yang duduk di bahagian yang dikhaskan untuk peminat pelawat.

Polis dan pengawal stadium bergegas ke tempat pergaduhan apabila objek dibaling dan tumbukan berlaku di antara peminat.

Kedua-dua pasukan meninggalkan padang untuk kembali ke bilik persalinan, dengan pertahanan West Brom, Kyle Bartley memegang anaknya dalam pelukan selepas membawanya dari kawasan berhampiran pergaduhan.

Sebelum itu, terdapat banyak insiden berlaku termasuk suar dibaling ke dalam padang selepas Wolves membuka jaringan pada separuh masa pertama dan objek juga dibaling ke arah Tommy Doyle ketika dia bersedia mengambil sepakan sudut.

Tiada tanda-tanda perlawanan bersambung dan kemungkinan dihentikan atas sebab keselamatan. – AFP,BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here