Home Buletin Semasa SAJIAN SATE LIMAU PURUT DI AIDILADHA

SAJIAN SATE LIMAU PURUT DI AIDILADHA

151
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

PASIR MAS: Musim perayaan tidak kira aidilfitri mahupun aidiladha, juadah sate pasti menjadi kegemaran ramai.

Ia turut menjadi pilihan mereka yang ingin mengadakan majlis rumah terbuka.Mungkin kita sudah terbiasa dengan sajian sate tetapi kali ini ada sedikit kelainan, iaitu sate limau purut.

Team imedikel tv berkesempatan menemu bual pengusaha sate limau purut di pasir mas, baru-baru ini.

Mungkin ramai masih kurang mengenali sate limau purut.

Aroma daun limau purut dalam perapan sate ini memberi kesedapan tersendiri dan mendapat sambutan hangat daripada pelanggan tidak kira dari negeri ini mahupun negeri luar.

Itulah yang menjadi keistimewaan sate berkenaan.

Menjelang aidiladha beberapa hari lagi, orang ramai kini berebut menempah sate untuk menjamu selera di pagi hari raya.

Che Azmawi Che Seman, 43, dari Kampung Kelar, di sini, berkata untuk tempahan Aidiiladha tahun ini dibuka sebanyak 15 ribu cucuk sahaja.

“Sambutan untuk raya haji sebelum ini pada tahun lepas pada raya haji ni dia tidak semeriah seperti raya puasa dia pada raya tahun kita hanya ambil 15 ribu sahaja kalau raya puasa tu memang meriah kita terima sahaja 70 ribu batang sate untuk tempahan orang makan pada hari raya lah,”

Katanya, sambutan jualan aidiladha tahun ini meningkat berbanding tahun lepas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, tempahan sate ayam dan daging adalah paling laris kerana dikatakan menu rahmah memandangkan semua penggemar boleh mendapatkannya dengan kuantiti yang banyak.

“Untuk pelanggan-pelanggan kita ataupun penggemar sate limau purut ini kita ada sate arnab, sate kambing, kita ada sate rusa lepas tu selain daripada ayam dan daging,” katanya.

Aroma limau purut itu mempunyai rasa masam, manis dan menjadikan si penggemar sate tidak akan cepat muak.

Turut menjadi kelainan apabila daun limau purut dikisar dan dicampur dengan resipi tersendiri bagi proses pemerapan.

Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, resipi sate limau purut adalah hasil turun temurun daripada arwah ibunya.

Dia yang juga bekas penjawat awam mengambil keputusan untuk berhenti kerja, demi merealisasikan perniagaan sate sejak 2017.

Perniagaannya dibantu oleh isterinya Juliana Ahmad, 40 dan 13 pekerja.

“Saya berhenti kerja adalah nekad untuk berniaga jadi orang kata semangat yang ada pada saya ni saya akan teruskan dengan sate ni seperti mana saya bekerja dulu dan begitu juga dengan perniagaan saya akan urus dengan baik.”

“Kita ada customer dah customer tetap kita yang orang kata customer yang repeat selalu dia percaya yang kalau tak makan sate ni tak boleh,”katanya.

Dia berkata, setakat ini sate limau purut mempunyai dua cawangan iaitu di dengkil dan gua musang.

Harapan Azmawi dalam perniagaannya adalah ingin membuka cawangan sate limau purut di seluruh negeri khas buat orang ramai yang ingin mencuba sate limau purut.

Sate limau purut dijual bermula dengan harga RM1.20 sehingga RM3.50.

Selain daripada sate, terdapat juga sajian lain seperti yong taufu, oden, chicken chop, sizzling dan nasi goreng disediakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here