Home Luar Negara SAINTIS MELIHAT RISIKO KEHILANGAN PELUANG UNTUK PENYELIDIKAN ‘LONG COVID’ DI CHINA

SAINTIS MELIHAT RISIKO KEHILANGAN PELUANG UNTUK PENYELIDIKAN ‘LONG COVID’ DI CHINA

172
0

SHANGHAI: Kelonggaran sekatan COVID-19 sejak lebih setahun di China disifatkan membimbangkan kepada saintis berikutan berkemungkinan hilang peluang unik untuk mengkaji simptom berterusan atau ‘Long COVID’ daripada kemungkinan ratusan juta jangkitan dalam negara itu.

Memetik laporan REUTERS menerusi Berita Harian, pakar penyakit global mengatakan hanya sedikit diketahui mengenai pengalaman China dengan kesan Long COVID, di mana Britain, Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan tempat lain berpendapat virus itu menyebabkan gejala berterusan hampir bertahun-tahun terhadap jutaan orang.

Pakar berpendapat, keadaan itu disifatkan jarang berlaku di China kerana mereka mendakwa bergantung pada vaksin buatan sendiri dan kebanyakannya mengelakkan COVID-19 sehingga penghujung wabak.

Tetapi, rancangan pembiayaan agensi kebangsaan dan komen daripada saintis serta pakar dasar di China mencadangkan bahawa minat terhadap kajian COVID-19 berkaitan kesihatan awam mungkin semakin berkurangan dalam komuniti penyelidikan negara itu, seperti yang berlaku di tempat lain seiring dengan ingatan terhadap perintah kawalan pergerakan dan pengesanan hubungan rapat.

Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) China, Martin Taylor, berkata majoriti kes COVID-19 di China muncul kurang dari setahun yang lalu.

“Penyelidikan China mungkin menawarkan pandangan berbeza daripada negara lain dan membantu menjelaskan punca, kelaziman serta faktor risiko Long COVID yang masih belum difahami dengan jelas.

“Memandangkan situasi itu, WHO menggalakkan lebih banyak penyelidikan di China,” kata dalam jawapan melalui e-mel kepada pertanyaan itu.

Ahli akademik menunjukkan tanda-tanda China mungkin mengurangkan keutamaan atau berundur daripada penyelidikan COVID-19 berkaitan kesihatan awam, termasuk di agensi kerajaan yang menawarkan geran dan jurnal akademik yang menerbitkan kajian penyelidikan.

Sementara itu, ahli epidemiologi universiti di Hong Kong, Ben Cowling, berkata beliau tidak pernah mendengar banyak mengenai Long COVID atau penyelidikan mengenainya walaupun gelombang musim sejuk yang lalu, di mana sebahagian besar populasi dijangkiti buat kali pertama.

“Saya agak terkejut tentang itu, tetapi saya sedar ia boleh menjadi topik sensitif. Saya fikir negara mahu meletakkan COVID-19 di belakangnya,” katanya.

Dalam satu panggilan program penyelidikan untuk cadangan, Pejabat Kebangsaan untuk Falsafah dan Sains Sosial tidak memasukkan topik berkaitan pandemik walaupun ada ditawarkan pada masa lalu, manakala Yayasan Sains Semula Jadi Kebangsaan China mengurangkan unjuran untuk bilangan projek yang akan dibiayai di bawah satu program penyelidikan COVID-19, menurut dokumen yang disiarkan di laman web mereka.

Sesetengah penyelidik menyatakan, pembiayaan mungkin tersedia di tempat lain dan sememangnya Yayasan Sains Semula Jadi tahun ini menawarkan geran khas untuk penyelidikan mengenai ubat anti-COVID dan sains asas berkaitan COVID-19. – REUTERS, BH Online-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here