Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
TANAH MERAH: Sebuah rumah jenis sementara kekal di Kampung Air Chanal, di sini, musnah sebanyak 80 peratus dalam satu kejadian kebakaran awal pagi ini.
Menurut kenyataan Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I KUP Ismadi Mohd Taib, pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada jam 7.44 pagi, memaklumkan kejadian tersebut.
Menurut beliau dua balai bomba terlibat dalam operasi tersebut iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemahang dan BBP Jeli.
“Jentera pertama tiba di lokasi sejauh 16 kilometer pada jam 8.16 pagi, dan kebakaran berjaya dikawal sembilan minit kemudian pada jam 8.25 pagi.
“Komander Operasi memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman bersaiz 20 kaki x 40 kaki, dikategorikan sebagai jenis kelas C,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Seramai 12 anggota terlibat dalam operasi tersebut.
IMedikel TV






