Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV
TUMPAT: Calon Pakatan Harapan (PH)- Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Zamakh Sari Ibrahim mahu rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan membuat perbandingan terhadap perkara yang tergendala di kawasan itu.
Beliau berkata perkara yang tergendala harus diperjuangkan kepada kepimpinan supaya terus berada dalam kebajikan.

“Kita tengok khidmat dari segi wakil rakyat dan seharusnya kita harap di DUN Pasir Pekan perlu memberi peluang perbandingan yang melihatkan beberapa perkara.
“Kita akan mengutamakan kebajikan rakyat dan saya rasa perkara ini mampu mencari sokongan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penamaan Calon di Pusat Penamaan Calon Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah, Pasir Pekan di sini, hari ini.
Beliau turut berharap Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan pada 12 Ogos yang pertama kali bersama Barisan Nasional (BN), sudah bersedia dari segi kekukuhan jentera dan pengalaman dalam pilihan raya.

“Kita akan mengutamakan kebajikan rakyat dan saya rasa perkara ini mampu mencari sokongan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penamaan Calon di Pusat Penamaan Calon Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah, Pasir Pekan di sini, hari ini.
Menurutnya PRN kali ini adalah gambaran keseluruhan bahawa Kerajaan Perpaduan diperturunkan di peringkat DUN melambangkan semangat kepimpinan yang mahukan keselarian bersama kerajaan.
Imedikel TV






