Home Politik N07 MOHD AMAR ADALAN KEMPEN SECARA ‘GENTLEMEAN’ PRN KELANTAN

N07 MOHD AMAR ADALAN KEMPEN SECARA ‘GENTLEMEAN’ PRN KELANTAN

Oleh: Afrizam Arif

KOTA BHARU: Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N07 Panchor, Datuk Mohd Amar Abdullah berjanji akan berkempen secara ‘gentleman’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan, 12 Ogos nanti.

Beliau berkata sejak dulu PAS bertanding secaeacberhemah dan berusaha mengelak sebarang perkara yang menyentuh calon lawan.

“Kita kenal semua calon, malah ada antaranya kawan malahan saudara sendiri.
 
“Lawan saya kali ini, Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain dari Pakatan Harapan (PH)- Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukannya orang lain dan kami mempunyai pertalian saudara yang agak rapat di mana ibunya adalah dua pupu kepada saya sendiri,” katanya.
 
Menurutnya ayah kepada Syed Mohd Alidustur adalah anak murid kepada Allahyarham bapanya.
 
Beliau berharap semuanya berjalan memandangkan calon tidak ramai dan mempunyai peluang, cuma kemenangan bergantung kepada kempen dan penerimaan daripada pengundi dan sekiranya dapat banyak undi.
 
Sementara itu, di DUN Chempaka menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara calon BN, Nik Normi Nik Ayub, Nik Asma’ Bahrum Nik Abdullah iaitu calon muka baru dari PAS seorang calon Bebas iaitu bekas Pengawa, Ibrahim Sulong.
 
Di DUN Kijang pula calon BN, Haris Hussin berdepan calon PAS, Dr Izani Husin yang juga penyandang.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here