Home Politik SURI RUMAH KECEWA HASRAT DITOLAK UNTUK BERTANDING-PRN 15

SURI RUMAH KECEWA HASRAT DITOLAK UNTUK BERTANDING-PRN 15

246
0

Oleh: Alini Nadhirah Ismail, Wartawan ImedikelTV

KOTA BHARU: Seorang suri rumah kecewa selepas hasratnya untuk menjadi calon dan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama, tidak tercapai apabila pencalonannya ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Difahamkan pencalonan Tan Lay Tho, 63, ditolak berikutan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan SPR apabila pencadangnya yang juga suaminya, Ong Chi Lam, 63, merupakan pengundi dari DUN Bunut Payong.

Pada masa yang sama, suri rumah itu turut membawa bapa saudaranya Wee Choon Seng, 85 sebagai penyokong yang juga pengundi DUN Kota Lama.

Sebentar tadi, Pegawai Pengurus DUN Kota Lama, Izzuddin Ab Rashid mengumumkan nama calon DUN N09 Kota Lama di Pusat Penamaan Calon Dewan Jubli Perak, Kota Bharu, pada jam 11.45 pagi.

Beliau berkata, pihaknya menerima lima kertas penamaan daripada lima calon yang hadir di pusat penamaan calon itu

Kertas penamaan calon bagi DUN N09 dikemukakan iaitu Dr. Hafidzah Mustakim calon AMANAH, Dato’ Zamri Ismail calon PAS, Izat Bukhary Ismail Bukhary calon bebas serta Parti Rakyat Malaysia Tan Boon Kian atau Andy Tan dan calon Bebas Tan Lay Tho.

“Saya telah menyemak kertas penamaan dan setelah selesai disemak saya berpuas hati memutuskan ada yang ditolak kertas penamaannya (Tan Lay Tho).

“Dengan ini saya mengumumkan hanya empat calon yang disahkan bertanding dalam PRN ini,” katanya.

Sementara itu turut hadir pada penamaan calon iaitu DUN Tanjong Mas yang menyaksikan pertembungan dua penjuru antara PAS, Rohani Ibrahim dan PH, Zinda Khalil Sastro Hassan serta di Bunut Payong iaitu BN, Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin dan PAS, Datuk Zamri Ismail.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here