Home Segmen Kesihatan PENTING PAKAI STOKIN KETIKA BERPANTANG

PENTING PAKAI STOKIN KETIKA BERPANTANG

278
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Peredaran zaman masa kini menjadikan ramai wanita kurang sedar akan pentingnya memakai stokin ketika berpantang terutama selepas melahirkan.

Mereka beranggapan ianya sesuatu yang remeh dan tidak menjejaskan kesihatan.

Malah kebanyakan mereka sudah terikut dengan gaya hidup moden.

Mereka juga sering melakukan pergerakan yang lebih aktif.

Terdapat beberapa kepentingan memakai stokin selepas melahirkan antaranya:

1. Meningkatkan peredaran darah: selepas melahirkan, tubuh wanita mungkin mengalami perubahan pada sistem peredaran darah. Jadi pemakaian stokin boleh membantu mengalirkan darah dengan lebih baik serta mengurangkan bengkak pada kaki.

3. Menyokong pemulihan selepas bersalin: sesetengah ibu yang menjalani pembedahan Caesarean (CZER) atau melahirkan secara normal mungkin memerlukan masa untuk pulih. Pemakaian stokin memberikan sokongan tambahan kepada kaki dan membantu dalam proses pemulihan.

4. Mengurangkan kaki bengkak: bengkak pada kaki dan buku lali adalah perkara biasa selepas bersalin disebabkan oleh pengekalan cecair dalam tubuh. Oleh sebab itu, ibu yang baru melahirkan perlu memakai stokin bagi membantu mengurangkan pembengkakan tersebut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here