Home Segmen Kesihatan PENJAGAAN, FAKTOR, TANDA DAN PEMERIKSAAN PAYUDARA

PENJAGAAN, FAKTOR, TANDA DAN PEMERIKSAAN PAYUDARA

316
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Penjagaan payudara adalah penting untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah masalah seperti jangkitan, sakit, atau tanda awal kanser payudara. Berikut adalah panduan penjagaan payudara:

Penjagaan Harian:
1. Kebersihan:

  • Cuci payudara dengan sabun lembut dan air suam setiap hari.
  • Keringkan dengan betul, terutama di bahagian lipatan untuk mengelakkan kelembapan berlebihan.

2. Pemilihan Bra:

  • Pilih bra yang sesuai dengan saiz dan menyokong payudara dengan baik.
  • Elakkan memakai bra yang terlalu ketat, kerana ini boleh mengganggu peredaran darah

3. Melembapkan Kulit:

  • Gunakan pelembap khas untuk menjaga keanjalan kulit di sekitar payudara.
  • Elakkan produk yang mengandungi bahan kimia keras.

Faktor Risiko Kanser Payudara

  • Peningkatan usia
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara
  • Telah mendapat kanser pada satu payudara
  • Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
  • Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pada umur melebihi 30 tahun
  • Pemakanan tinggi lemak dan kurang pengambilan sayur- sayuran serta buah-buahan

Tanda-Tanda Kanser Payudara

  • Iritasi pada kulit atau permukaan kulit berkedut seperti oren
  • Sakit di payudara atau putting
  • Lelehan cecair atau darah
  • Puting berubah bentuk atau termasuk ke dalam
  • Benjolan atau bengkak
  • Perbezaan saiz atau bentuk payudara

Pemeriksaan Payudara Secara Sendiri

  • Periksa payudara sebulan sekali
  • Lihat jika terdapat sebarang perubahan. bentuk, warna atau tekstur
  • Gunakan hujung jari untuk memeriksa keseluruhan payudara
  • Periksa payudara mula daripada bahagian luar ke arah putting
  • Lakukan bulatan kecil daripada bahagian luar payudara ke putting
  • Picit puting payudara untuk periksa jika ada cecair
  • Lakukan juga pemeriksan dalam keadaan baring
  • Pastikan anda memeriksa sehingga ke bahagian ketiak

IMedikel TV

Sumber: Dr. Tengku Ahmad Damitri Al-Astani Tengku Din Unit BestARi, Hospital USM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here