Home Buletin Semasa TENGKU MAHKOTA KELANTAN CEMAR DULI MELAWAT MANGSA BANJIR

TENGKU MAHKOTA KELANTAN CEMAR DULI MELAWAT MANGSA BANJIR

291
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR MAS: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra mencemar duli melawat mangsa banjir di sini diiringi Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, semalam.

Menurut Mohd Nassuruddin dalam ciapan facebooknya, keberangkatan Tengku Mahkota Kelantan umpama sinar harapan terhadap mangsa banjir malah menjadi penguat semangat kepada mereka yang terkesan.

“Ini mencerminkan begitu eratnya hubungan seorang pemimpin terhadap rakyat jelata.

“Pemimpin sejati sentiasa dekat di hati rakyat.

“Raja dan rakyat berpisah tiada,” katanya.

Beliau turut mendoakan Tengku Mahkota Kelantan dan kesemua mangsa banjir agar sentiasa diberikan kekuatan serta perlindungan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here