Home Ulasan Wartawan PENGGUNAAN VAPE DALAM KALANGAN REMAJA

PENGGUNAAN VAPE DALAM KALANGAN REMAJA

489
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan I Medikel TV

Isu penggunaan rokok elektronik atau vape sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Ia bagi menggantikan penggunaan rokok dalam kalangan perokok tegar.

Bagaimanapun, penggunaan vape dalam kalangan remaja agak membimbangkan.

Dalam kenyataan media, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHSM) 2022 mencatatkan peningkatan penggunaan vape dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 17 tahun, dari 9.8% pada 2017 kepada 14.9% pada 2022.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam dalam satu kenyataan berkata, peningkatan yang ketara turut berlaku dalam kalangan remaja perempuan iaity dari 2.8% pada 2017 meningkat kepada 6.2% pada 2022.

Dr Radzi berkata rokok elektronik terbukti mendatangkemudaratan kepada pengguna sambal menambah peranti berkenaan adalah “sejenis produk merokok alaf baru.”

“Antara penyakit utama yang dikesan adalah E-Cigeratte or Vaping Product Use-Accociated Lung Injury atau Evali.

“Bahan-bahan yang terkandung di dalam cecair rokok elentronik apabila dipanaskan akan menghasilkan bahan kimia yang boleh memberikan kesan keradangan kepada lapisan paru-paru dan menyebabkan penyakit Evali,” tambahnya.

Wartawan I Medikel TV, menemubual beberapa ibu bapa yang bimbang akan isu ini yang seakan-akan menjadi barah jika tidak dibendung dari awal.

Nur Syazwani Anwar, 33, dari Pasir Mas, berkata dia sekerasnya melarang penggunaan vape dalam kalangan remaja.

Nur Syazwani Anwar, 33, berkata penggunaan vape hanya menyumbang ke arah pembaziran.

Ibu kepada empat orang ini berkata, penggunaan vape hanya menyumbang ke arah pembaziran dan perkara yang sia-sia.

“Memang membazir, dan masih di bawah tanggungan ibu bapa. Duit beli vape tu oleh guna untuk mkepentingan pembelajaran.

“Selain itu, vape nib oleh pengaruh pelajar ke arah benda yang tidak bermoral, contoh merokok, pengaruh rakan sebaya yang tidak baik, vape ini juga seperti virus yang boleh membunuh prestasi dan sikap pelajar dalam senyap,”katanya ketika ditemubual.

Seorang pesara kerajaan, Haji Amran berkata, kesan buruk penggunaan vape dalam kalangan remaja khususnya sekolah amat membimbangkan sejak kebelakangan ini.

“Vape boleh meroskkan paru-paru juga boleh menyebabkan ketagihan, sekaligus pelajaran merosot, pembaziran wang ibu bapa seterusnya mendorong remaja untuk mencuba rokok dan lebih parah membawa kepada penyalahgunaan dadah.

“Saya mewakili pihak ibu bapa sangat berharap agar pihak kerajaan dapat mengharamkan terus penggunaan vape di negara kita,”katanya ketika memberi pendapat berhubung isu ini.

Pemandu van sekolah, Suhaili Mat Daud, 44, berkata isu ini menjadi semakin parah apabila melihat sendiri pelajar sekolah menghisap vape dalam van sekolah miliknya.

“Kalau nak ikutkan isu ni dah lama, dulu pelajar sekolah lelaki selamba je hisap rokok dalam van, tapi yang mengejutkan saya, semalam kejadian depan mata, pelajar perempuan hisap vape dalam van saya.

“Saya dah anggap mereka macam anak sendiri, jadi saya akan nasihat dan marah jika perbuatan tu mengganggu pelajar lain. Perbuatan itu amat mengejutkan saya dan saya terpaksa berhentikan van dan menyuruh pelajar terbabit turun dari van sekiranya dia masih tak mengendahkan arahan,” katanya.

Suhaili yang sudah 10 tahun bekerja sebagai pemandu van sekolah berharap agar ibu bapa selalu ingatkan anak-anak mereka sentiasa berkelakuan sopan di dalam van sekolah.

Suhaili Mat Daud, 44, bimbang dengan masalah penggunaan vape dalam kalangan remaja perempuan.

Katanya, dek kerana sesetengah pelajar yang menghisap vape dan rokok di dalam van, ada rakan-rakan lain tidak selesa dengan pencemaran asap dan dia bimbang jika ada pelajar lain terpengaruh dengan perbuatan tidak bermoral itu.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here