Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Menjaga kesihatan sendi, tulang, lutut dan saraf amat penting bagi memastikan seseorang dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih aktif dan selesa.
Farmasi IMedikel memperkenalkan Hiflex Pro, susu tepung berkhasiat di bawah jenama Chepo yang diformulasikan dengan pelbagai nutrien penting bagi membantu menyokong kesihatan tulang dan mengurangkan radang dan bengkak pada sendi.
Hiflex Pro mengandungi gabungan Collagen Type-II, Boswellia Serrata, Turmeric Extract, Curcumin, Kalsium, Vitamin D, Vitamin B, DHA, Selenium dan Zink yang berfungsi menyokong kesihatan tubuh secara menyeluruh.
Kandungan Collagen Type-II membantu menyokong struktur rawan pada sendi, manakala Boswellia Serrata dan Turmeric Extract membantu mengekalkan keselesaan serta fleksibiliti pergerakan harian.
Selain itu, kandungan Kalsium dan Vitamin D membantu mengekalkan kekuatan tulang, menjadikan produk ini sesuai diamalkan oleh golongan dewasa, warga emas dan remaja.
Hiflex Pro didatangkan dengan dua pilihan perisa iaitu Vanila dan Vanila Butterscotch, sekali gus memberikan pilihan rasa yang lebih enak kepada pengguna.
Produk ini boleh didapati dalam bentuk pek sachet yang mengandungi 10 sachet serta pembungkusan jar untuk kemudahan penggunaan harian.
Bagi mendapatkan manfaat optimum, pengguna disarankan mengambil susu ini dua kali sehari, pada waktu pagi dan malam mengikut saranan penggunaan.
Orang ramai boleh mendapatkan susu tepung Hiflex Pro di rangkaian Farmasi IMedikel.
IMedikel TV






