Home Luar Negara PENDAKWAH TERKENAL ORTODOKS DIKENAKAN TAHANAN DALAM RUMAH

PENDAKWAH TERKENAL ORTODOKS DIKENAKAN TAHANAN DALAM RUMAH

142
0

KYIV mengambil tindakan keras ke atas UOC, iaitu gereja kedua terbesar di Ukraine, yang didakwa Pro-Russia serta bekerjasama dengan Moscow, namun pihak gereja itu menafikan tuduhan berkenaan.

Menurut UOC dalam satu kenyataan, mahkamah turut memerintahkan Pavlo untuk memakai gelang elektronik.

Agensi berita Interfax Ukraine dan Ukrinform pula melaporkan Pavlo dikenakan tahanan dalam rumah selama 60 hari.

Bercakap kepada pemberita selepas keputusan mahkamah itu, Pavlo yang juga pegawai kanan UOC dan ‘Abbot’ (Rahib lelaki yang menjadi ketua di Biara) KYIV-Pechersk Lavra, bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan yang disifatkannya sebagai arahan politik.

Menurut pihak pendakwa raya, perintah untuk Pavlo dikenakan tahanan dalam rumah serta memakai gelang elektronik, adalah langkah berjaga-jaga. Pendakwa raya, Yevhen Zavistovskyi memaklumkan, kes terhadap Pavlo akan diteruskan.

Agensi berita Russia, Tass pula melaporkan mahkamah memerintahkan Pavlo tinggal di sebuah perkampungan yang terletak kira-kira 40 kilometer tenggara KYIV, selain melarangnya untuk menghadiri upacara keagamaan di gereja.

Bagaimanapun, Pavlo mendakwa rumah terbabit tidak sesuai untuk dihuni.

“Tiada sebarang kelengkapan untuk tidur, tanpa lampu dan keadaan sejuk. dapur dan sudu pun tiada. Namun tidak mengapa, saya akan mengharungi semua ini,” katanya.

Sebelum ini, Pavlo mendiami kemudahan di KYIV-Pechersk Lavra yang merupakan sebuah kompleks biara berusia 980 tahun. kerajaan mengarahkan premis berkenaan dikosongkan tetapi pihak gereja enggan berbuat demikian, setakat ini.

Pavlo dihadapkan ke mahkamah selepas disoal siasat perkhidmatan keselamatan Ukraine (SBU) yang membuat beberapa pertuduhan ke atasnya.

Sumber: BH Online & Reuters

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here