Home Buletin Semasa POLIS SITA 13 PROTON WIRA

POLIS SITA 13 PROTON WIRA

155
0

Sik: Polis menyita sekurang-kurangnya 13 kereta jenis proton wira dalam operasi malam tadi.

Tindakan disebabkan sekumpulan lelaki berkumpul di kawasan parkir di jalan Alamanda, disini, dengan mengeluarkan bunyi bising kenderaan masing-masing

Tindakan mereka itu juga mengganggu ketenteraman awam ketika bulan ramadan.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, berkata operasi disertai bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi itu tertumpu di kawasan berkenaan berdasarkan maklumat yang diterima.

Katanya jumlah saman yang dikeluarkan dalam operasi ini adalah 101, termasuk 13 kenderaan dan tiga motosikal mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Antara kesalahan yang dilakukan tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, insuran, nombor pendaftaran, aksesori, cermin sisi dan mengubah suai.”

Abdull Razak berkata, jumlah individu yang ditahan dalam operasi itu seramai tiga orang berusia 19 hingga 27 tahun membabitkan empat kes.

Menurutnya antara kesalahan adalah Seksyen 42 (1) APJ 1987 (dua kes), Seksyen 108 (3) (F) 1987 (satu kes) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (satu kes).

Selain proton wira yang disita dalam ops bersepadu dan samseng jalanan itu, polis turut menyita tiga motosikal kerana melakukan pelbagai kesalahan antaranya tiada cukai jalan, tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran.

Sumber: BH Online

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here