Home Buletin Semasa WARGA EMAS OKU RENTUNG DALAM KEBAKARAN

WARGA EMAS OKU RENTUNG DALAM KEBAKARAN

172
0

SABAH: Seorang warga emas dilaporkan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Pertanian, Kampung Tagas di sini, malam tadi.

Mangsa dikenali, Agus Ebah, 72, yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemui dalam keadaan rentung oleh pasukan bomba sebaik kebakaran dapat dikawal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.35 malam berhubung seorang mangsa yang dikhuatiri terperangkap dalam kebakaran rumah.

Katanya, 14 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi berserta satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Pasukan bomba bertindak memadamkan api sehingga berjaya dikawal dan menemui mangsa dalam keadaan rentung pada jam 11.57 malam.” – ABDUL QAWIE ABDUL GAPAR, Ketua BBP Daerah Tuaran

Mohd Qawie berkata, kebakaran terbabit memusnahkan 100 peratus struktur rumah jenis separuh kekal terbabit.

Menurutnya Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

Sumber: BH Online

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here