Home Luar Negara PELAMPAU DENMARK ANCAM MAHU BAKAR AL-QURAN DI UK

PELAMPAU DENMARK ANCAM MAHU BAKAR AL-QURAN DI UK

301
0

Beliau memberitahu dewan rakyat mengenai campur tangannya selepas ahli parlimen buruh untuk Wakefield, Simon Lightwood membangkitkan kebimbangannya isnin lalu berhubung ancaman paludan itu.

Lightwood berkata, ahli politik pelampau Denmark yang menyokong Islamofobia itu memaklumkan bahawa dia akan pergi ke Wakefield dari Denmark untuk membakar Al-Quran di tempat awam.

“Apabila saya belayar di sepanjang pulau Bali pada 2014, saya mendapati ini sebuah pulau yang indah, tetapi saya kecewa dengan pencemaran plastik,” katanya.

“Saya berjanji untuk kembali ke sini dengan penyelesaian,” katanya – SIMON LIGHTWOOD, Ahli Parlimen Buruh

Paludan dilaporkan merancang untuk membakar Al-Quran di dataran awam di bandar West Yorkshire minggu ini, sebagai tindakan susulan selepas empat pelajar di sebuah sekolah Wakefield digantung kerana merosakkan Al-Quran yang dibawa rakan mereka.

Februari lalu, empat pelajar sekolah tinggi Kettlethorpe Wakefield digantung sekolah kerana mengoyakkan muka depan Al-Quran selain menconteng beberapa muka surat lain naskah kitab suci itu yang dibawa ke sekolah berkenaan oleh seorang pelajar tahun 10.

Bagaimanapun, pihak polis yang menyiasat kes itu memutuskan tiada kesalahan dilakukan manakala guru besar sekolah itu berkata, beliau berpuas hati bahawa tiada niat jahat oleh mereka yang terbabit.

dalam video yang disiarkan di twitter pada ahad lalu, paludan berkata dia akan pergi ke bandar berkenaan untuk menentang kuasa tidak demokratik di uk.

Dia menyuarakan hasrat untuk membakar Al-Quran pada hari bermulanya bulan ramadan.

Pada 21 januari lalu, Paludan membakar salinan al-quran di hadapan sebuah masjid di Denmark, beberapa hari selepas dia membakar Al-Quran di luar kedutaan Turkiye di Stockholm, Sweden.

Dia turut mengadakan beberapa protes sebelum ini, di mana mana kitab suci umat islam itu dibakar, sekali gus membawa kepada demonstrasi yang ganas.

Bantahan itu turut menjadi sebahagian daripada perbalahan diplomatik antara Turkiye dan Sweden dengan Turkiye kini menahan permohonan Sweden untuk menyertai pertubuhan perjanjian Atlantik utara (NATO). 

Sumber: BH Online & AGENSI

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here