Home Buletin Semasa PELAJAR PHD MAUT KERETA TERBABAS MASUK TASIK UMK JELI

PELAJAR PHD MAUT KERETA TERBABAS MASUK TASIK UMK JELI

313
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

JELI: Seorang pelajar pengajian Doktor Falsafah (PhD) maut selepas kereta yang dipandunya bersama seorang rakan terbabas di selekoh dan terjunam ke dalam tasik dalam kawasan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun, berkata mangsa yang juga pemandu kereta, Muhammad Amidee Abdullah, 25, dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya cedera.

“Hasil siasatan awal mendapati, pada jam 6.20 petang, mangsa memandu kereta jenis Perodua Axia dan ketika melalui selekoh kiri sebelum menuruni bukit, kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas ke dalam tasik di sebelah kanan dalam kawasan UMK Jeli.

“Insiden ini membabitkan sebuah kenderaan sahaja, rakan mangsa kini dirawat di Hospital Jeli,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut beliau, polis menerima panggilan orang awam mengenai kejadian itu pada jam 6.35 petang.

Kamarulzaman berkata, mayat mangsa akan menjalani proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika melalui kawasan berbukit dan selekoh bagi mengelakkan kemalangan.

“Jika berlaku insiden, segera hubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli di talian 09-9440222,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here