Home Buletin Semasa LELAKI DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA DI TEPI JALAN

LELAKI DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA DI TEPI JALAN

153
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang lelaki berusia lingkungan 60-an ditemukan meninggal dunia di tepi jalan di Kampung Tapang, Kubang Kerian, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 12.25 tengah hari mengenai seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

”Mayat kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga mangsa.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here