Home Buletin Semasa KERETA SATRIA NEO JATUH DALAM GAUNG, REMAJA TIDAK PERASAN TANAH RUNTUH

KERETA SATRIA NEO JATUH DALAM GAUNG, REMAJA TIDAK PERASAN TANAH RUNTUH

295
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

GUA MUSANG: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun cedera selepas kereta Proton Satria Neo yang dipandunya terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 45 Jalan Gua Musang–Lojing ketika dalam perjalanan pulang dari Cameron Highlands, pada pukul 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada mangsa yang tidak menyedari berlakunya tanah runtuh di laluan tersebut, yang telah ditutup sejak pukul 12 tengah malam.

“Mangsa dari Cameron Highlands menghala ke Pasir Puteh. Ketika tiba di lokasi, dia tidak perasan kawasan tanah runtuh sebelum kenderaan terbabas dan terjatuh ke dalam gaung.

“Remaja itu mengalami patah tangan kiri dan dibawa ke Klinik Kesihatan Pos Brooke untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here