Home Luar Negara PEKERJA TASKA AUSTRALIA HADAPI 70 TUDUHAN JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK

PEKERJA TASKA AUSTRALIA HADAPI 70 TUDUHAN JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK

432
0

SYDNEY: Doktor menggesa 1,200 kanak-kanak di Australia menjalani ujian penyakit berjangkit semalam selepas seorang bekas pekerja taska didakwa dengan puluhan kesalahan seksual yang disifatkan sebagai ‘amat mengganggu’.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, polis Victoria memaklumkan seorang lelaki berusia 26 tahun didakwa dengan lebih 70 pertuduhan membabitkan serangan seksual terhadap lapan mangsa termasuk bayi berusia lima bulan hingga kanak-kanak berumur dua tahun.

“Seperti yang boleh dibayangkan, berita ini amat menyedihkan bagi keluarga terbabit,” kata Komander Polis, Janet Stevenson kepada media.

Menurut Stevenson, suspek pernah bekerja di 20 pusat asuhan kanak-kanak di seluruh bandar Melbourne antara 2017 hingga 2025.

Ketua Pegawai Kesihatan Negeri, Christian McGrath, berkata 1,200 kanak-kanak yang mungkin mempunyai hubungan dengan suspek disarankan menjalani ujian bagi mengesan kemungkinan terdedah kepada penyakit berjangkit.

Pihak berkuasa tidak menyatakan secara khusus penyakit yang dimaksudkan, namun memaklumkan ia boleh dirawat dengan mudah menggunakan antibiotik.

“Kami faham ini adalah satu lagi aspek yang amat membimbangkan dalam kes ini,” kata McGrath, yang juga seorang pakar penyakit berjangkit.

Perdana Menteri Negeri, Jacinta Allan, meluahkan rasa jijik terhadap jenayah yang didakwa dilakukan lelaki terbabit.

“Ia amat mengejutkan dan menyedihkan, hati saya hancur mengenangkan keluarga yang sedang melalui igauan ngeri setiap ibu bapa,” katanya kepada wartawan. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here