Home Sukan PAN-GON RASA BERTUAH BERSAMA SELANGOR FC

PAN-GON RASA BERTUAH BERSAMA SELANGOR FC

KUALA LUMPUR: Pengendali Selangor FC, Kim Pan-gon mahu anak buahnya terus mengekalkan semangat ‘bertempur’ dalam setiap perlawanan bagi memastikan misi menamatkan saingan di tangga kedua Liga Super Malaysia tercapai.

Memetik laporan Harian Metro, hasrat itu disuarakan Pan-gon selepas skuad Gergasi Merah membelasah Imigresen FC 4-0 pada aksi liga di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam

Menurut pengendali kelahiran Korea Selatan itu, perebutan tempat kedua liga dijangka berlangsung sengit sehingga perlawanan terakhir musim ini.

“Bagi kedudukan tangga kedua amat penting, saya fikir pertempuran akan berlaku hingga aksi terakhir musim ini. Dua pasukan ini (Kuala Lumpur City dan Kuching City) melakukan kerja sangat baik

“Begitu juga Selangor di mana pemain kini semakin menunjukkan peningkatan dalam menempuh fasa pertempuran ini bagi memastikan kita mencapai misi kita,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Dalam masa sama, Pan-gon turut mengakui kejayaan pasukan ketika ini tidak terlepas daripada sokongan padu pemain serta pengurusan kelab.

“Saya amat bertuah sentiasa mendapat sokongan padu daripada pemain dan pengurusan dalam membimbing pasukan ini.

“Malah tuah juga memihak kita dalam beberapa perlawanan yang menyaksikan kita tidak tewas dan biarpun kadang kala tidak beraksi baik tetapi tuah memihak pasukan.

“Saya fikir setiap aksi membuatkan kita semakin kuat dan kita cuba naikkan pasukan,” kata bekas pengendali skuad Harimau Malaya yang membawa Malaysia beraksi di pentas Piala Asia di Qatar pada 2023 lalu.

Dalam aksi semalam, Selangor FC meraih empat gol menerusi dua jaringan oleh Chrigor Moraes dan masing-masing satu gol yang dicetak Zikri Khalili dan Pernambuco.

Kejayaan mengutip tiga mata maksimum itu meletakkan anak buah Kim Pan-gon kembali berada di tangga kedua liga untuk memintas Kuala Lumpur City FC dan Kuching City FC. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here