Home Hiburan JADI TUMPUAN SEMULA, QUE JAGA PERASAAN

JADI TUMPUAN SEMULA, QUE JAGA PERASAAN

KUALA LUMPUR: Que Haidar terharu beberapa karya lakonan yang popular suatu ketika dahulu mendapat perhatian pengguna media sosial selepas peminat berkongsi klip babak drama dan filem lama dibintanginya.

Memetik laporan Berita Harian, Que atau nama sebenar, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, mengaku rasa dihargai apabila masih ada penonton yang ingat hasil kerjanya,

“Saya gembira apabila ada orang ingat kerja-kerja saya. Maksudnya, orang masih ingat.

“Terbaharu, saya nampak orang muat naik drama Cinta untuk Ain dan macam-macam lagi. Siapa yang tidak tahu saya berlakon dalam drama itu, boleh tengok semula.

“Kalau saya ambil perkara ini sebagai negatif, akan jadi negatif. Kalau dianggap positif, maka jadi positif. Pokok pangkalnya adalah diri sendiri,” katanya ketika ditemui pada sidang media program Raya Astro 2026 di sini, semalam.

Mengulas mengenai kemunculan semulanya yang kembali mendapat perhatian, Que mengakui pada awalnya dia agak terkejut.

Bagaimanapun, bintang filem Zombi Kampung Pisang ini berkata, dia cuba menyesuaikan diri dengan perhatian yang diberi serta menerima semua reaksi dengan lebih terbuka.

“Kalau ada yang tidak suka, itu mereka punya platform dan hak. Susah hendak buat orang suka dengan kita. Jadi, apa yang negatif, saya cuba untuk tidak mengendahkan kerana mahu jaga perasaan,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here