Home Sukan OZIL MAHU SERTAI WWE?

OZIL MAHU SERTAI WWE?

LONDON: Mesut Ozil sekali lagi mengejutkan peminat selepas menayangkan badannya yang sado.

Bekas bintang Arsenal itu bertukar daripada berlatih di padang bola ke bersenam di gimnasium dan usaha gigihnya berbaloi.

Ozil, 35, hampir tidak dikenali berbanding era ketika bergelar pemain hasil perubahan pada ototnya yang besar.

Dalam klip video terbaru di media sosialnya, bekas pemain tengah itu kelihatan mengangkat dua dumbel yang beratnya 50 kilogram setiap satu atas dan bawah sambil otot tricep dan bicepnya terserlah.

Peminat terkejut dengan perubahan fizikal Ozil. Malah ada yang seperti tak percaya itu pemilik tubuh sado adalah bekas pemain Arsenal terbabit.

Seorang penyokong berkata: “Adakah dia mahu menyertai WWE?” – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here