Home Luar Negara LELAKI TERTUA DUNIA MENINGGAL DUNIA PADA USIA 114 TAHUN

LELAKI TERTUA DUNIA MENINGGAL DUNIA PADA USIA 114 TAHUN

239
0

Caracas: Warga Venezuela, Juan Vicente Perez Mora yang disahkan sebagai lelaki tertua di dunia oleh Rekod Dunia Guinness (GWR) pada 2022, meninggal dunia pada Selasa, pada usia 114 tahun.

Berita itu disahkan oleh jurucakap dan keluarga Perez.

“Juan Vicente Perez Mora meninggal dunia pada usia 114 tahun,” kata Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menerusi ciapan di X.

Menurut GWR, Perez secara rasmi disahkan sebagai lelaki tertua yang hidup pada 4 Februari 2022, ketika berusia 112 tahun dan 253 hari.

Ketika itu, Perez memiliki 11 anak, 41 cucu, 18 cicit dan 12 cicit.

Petani yang dikenali sebagai Tio Vicente dilahirkan di bandar El Cobre, di Andes Tachira pada 27 Mei 1909.

Lelaki itu adalah anak kesembilan daripada 10 beranak.

“Pada usia lima tahun, dia mula bekerja dengan ayah dan abangnya dalam bidang pertanian.

“Perez juga membantu dalam penuaian tebu dan kopi,” kata GWR dalam satu kenyataan pada 2022.

Perez kemudiannya menjadi syerif dan bertanggungjawab menyelesaikan pertikaian tanah dan keluarga ketika masih bekerja dalam bidang pertanian. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here