Home Segmen Kesihatan MULUT BUSUK DI BULAN PUASA SEBAB TIDAK JAGA KEBERSIHAN MULUT?

MULUT BUSUK DI BULAN PUASA SEBAB TIDAK JAGA KEBERSIHAN MULUT?

264
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Masalah mulut berbau di bulan Ramadan adalah perkara biasa yang dilalui mereka dalam tempoh berpuasa.

Ini adalah disebabkan bakteria yang berada di dalam mulut individu tersebut. Anda perlu tahu bahawa bakteria akan membiak di dalam mulut sekiranya mulut dalam keadaan kurang bersih.

Ia juga boleh disebabkan pembiakan bakteria akibat sisa makanan yang tertinggal di celah-celah gigi dan lidah. Ketika berpuasa, penghasilan air liur yang kurang turut menyumbang kepada masalah ini kerana air liur bertindak membersihkan mulut secara semula jadi.

Ada dalam kalangan kita kurang cakna bab kebersihan mulut selepas bersahur menyebabkan mulut mereka berbau busuk.

Menurut portal hellodoktor terdapat beberapa cara  untuk menghilangkan bau mulut dengan berkesan:

1. Berus gigi dengan betul

  • Kebersihan mulut perlu dijaga khususnya pada bulan Ramadan. Jadi, memberus gigi dengan betul adalah antara cara paling berkesan untuk menghilangkan mulut berbau. Secara amnya, anda perlu memberus gigi setiap kali selepas makan dan sebelum tidur. Bukan itu sahaja Teknik yang betul untuk memberus gigi adalah memberus gigi dari atas ke bawah bukannya dari kiri ke kanan.

2. Guna flos atau ubat kumur

  • Sekiranya terdapat sisa makanan di celah gigi, anda perlu menggunakan flos terlebih dahulu untuk mengeluarkan sisa makanan itu. Sisa makanan yang melekat di celah gigi juga antara faktor menyebabkan mulut berbau. Kemudian, bilas mulut anda dengan menggunakan ubat kumur.

3. Minum air putih

  • Anda perlu minum air putih untuk seimbangkan pH dalam mulut. Untuk memenuhi keperluan ini, anda boleh menggunakan formula 2-4-2 iaitu satu gelas pada saat berbuka puasa, satu gelas selepas solat maghrib atau sebelum solat tarawih. Empat gelas seterusnya boleh disesuaikan waktunya dari selepas solat tarawih sehingga malam hari dan dua gelas semasa sahur. Ini adalah aturan minum semasa sahur dan berbuka puasa yang boleh memenuhi keperluan cecair anda. Air putih membantu menghasilkan air liur yang cukup untuk membersihkan sisa makanan dan mengurangkan risiko tahi gigi serta nafas berbau.

4. Dapatkan nasihat daripada doktor pergigian

  • Akhir sekali, anda seharusnya mempersiapkan diri lebih awal lagi. Sebaiknya, sila berjumpa doktor gigi sebelum tiba bulan puasa. Ini kerana terdapat beberapa kondisi kesihatan yang akan menyebabkan mulut anda berbau ketika berpuasa dan memerlukan rawatan pakar.

Jadi anda perlu menjaga kebersihan mulut sepanjang bulan Ramadan ini. Ini kerana masalah mulut berbau boleh menjejaskan keyakinan diri serta keselesaan semasa berinteraksi dengan orang lain.

    IMedikel TV

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here