Home Sukan MISI WAJIB MENANG UNITED

MISI WAJIB MENANG UNITED

LONDON: Aksi Liga Europa sekali lagi ujian getir buat Erik ten Hag apabila Manchester United berdepan cabaran Fenerbahce di tempat lawan pada awal pagi Jumaat ini.

Ten Hag juga bakal berdepan dengan bekas pengurus United, Jose Mourinho yang kini mengendalikan skuad Turki itu dengan kedua-duanya berdepan tekanan untuk meraih tekanan.

Bagi Ten Hag, keputusan di tempat lawan boleh menjadi titik kebangkitan kepada kempen hambar Eropah mereka setakat ini.

Walaupun menang 2-1 ke atas Brentford dalam saingan Liga Perdana Inggersi, kempen United di peringkat Eropah juga membimbangkan.

Red Devils hanya menang sekali dalam sembilan aksi terakhir Eropah, statistik memalukan termasuk dua keputusan hambar musim ini apabila seri 1-1 dengan FC Twente di tempat sendiri dan 1-1 menentang Porto di tempat lawan hasil jaringan lewat Harry Maguire.

Bagi Manchester United, mereka wajib menang ke atas Fenerbahce bagi meningkatkan keyakinan pemain dan penyokong malah turut boleh menambahkan talian hayat Ten Hag yang berdepan gesaan supaya dipecat daripada jawatannya.

Namun, kelab Turki yang dikendalikan Mourinho mampu menambah duka Ten Hag apatah lagi dalam kejohanan yang mereka kerap menyerlah seperti Liga Europa.

Fenerbahce seri dengan Twente dan menewaskan Union St. Gilloise tetapi ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Liga Super Turki sekali gus menjadikan kempen Liga Europa penting bagi mereka.

Fenerbahce diperkuatkan beberapa nama biasa cukup dikenali di England termasuk bekas pemain Manchester United Fred dan Sofyan Amrabat. Selain itu pemain seperti Edin Dzeko, Dusan Tadic, Allan Saint-Maximin, Caglar Soyuncu dan Cenk Tosun kesemuanya berpotensi menyukarkan lagi skuad Ten Hag. Dzeko terutamanya mempunyai sejarah menjaringkan beberapa gol ketika menentang United. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here