Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
TUMPAT: Seorang lelaki ditahan sepasukan anggota BN 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara dipercayai menajdi ‘tonto’ untuk kegiatan penyeludupan di Kg Bendang Pak Yong, di sini, pada Isnin.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, tangkapan itu dilakukan kira-kira jam 3.00 petang, apabila menyerbu sebuah rumah atas maklumat penyeludupan di Op Taring WAWASAN.
“Suspek berumur 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sembilan unit set radio mudah alih yang digunakan untuk kegiatan penyeludupan di dalam rumah tersebut.
“Turut dirampas dua botol cecair dipercayai mengandungi air ketum yang ditemui dalam peti ais. Anggaran nilai rampasan RM930,”katanya menerusi kenyataan media.
Kes disiasat di bawah Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Suspek dan hasil rampasan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






