Home Buletin Semasa PADAH SALAH GUNA KAD FLEET SELUDUP DIESEL BERSUBSIDI, LELAKI DITAHAN

PADAH SALAH GUNA KAD FLEET SELUDUP DIESEL BERSUBSIDI, LELAKI DITAHAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Seorang lelaki ditahan sepasukan anggota Batalion (BN) 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara dalam cubaan menggunakan kad fleet untuk membeli minyk diesel bersubsidi untuk diseludup ke negara jiran, di Jalan Kasban Kampung Tualang, di sini, pada Selasa.

Menurut Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, lelaki berusia 58 tahun itu ditahan ketika memandu lori kira-kira jam 8.00 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati anggaran lebih 80 liter minyak diesel ditemui didalam tangki yang telah diubah suai di bahagian tengah lori tersebut.

“Turut dirampas tiga keping kad fleet berserta resit belian yang digunakan untuk membeli minyak diesel dengan harga subsidi,”katanya menerusi kenyataan media.

Anggaran nilai rampasan sebanyak RM100,236 dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Suspek dan hasil rampasan diserahkan ke Komtak PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here