Home Hiburan MIRA FILZAH BERSYUKUR MASIH ‘LAKU’

MIRA FILZAH BERSYUKUR MASIH ‘LAKU’

627
0

KUALA LUMPUR: Biarpun rutin harian padat antara rumah tangga dan perniagaan, Mira Filzah, 32, bersyukur dirinya masih diberi kepercayaan untuk menggalas watak utama dan berat dalam drama rantaian.

Memetik laporan Berita Harian, atas kepercayaan diberi, Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman mengambil inisiatif mengikuti kelas lakonan bagi meningkatkan skil.

“Bagi menghidupkan watak Elina dalam drama Curang Tanpa Niat, saya belajar dengan Ellie Suriaty.

“Untuk watak Billa dalam drama Mandul Bukan Pilihan, saya ikuti kelas lakonan Fatimah Abu Bakar.

“Saya ambil kelas lakonan kerana takut tidak boleh sampaikan watak dengan baik. Saya sentiasa mahu beri yang terbaik.

“Dengan tanggungjawab yang ada sekarang, saya perlu selektif,” katanya pada sidang media drama Mandul Bukan Pilihan di sini, baru-baru ini.

Mengulas mengenai watak Billa, Mira berkata, karakter itu menuntut emosi yang sangat mendalam.

“Watak ini mengambil masa untuk dihayati. Sampai hendak hampir tarikh ‘shooting’, saya masih buntu.

“Sebab itulah saya minta tolong Cikgu Fatimah. Saya terima watak ini sebab rasa seronok, biarpun jika diikutkan, saya hanya mahu aktif semula, tahun depan,” katanya.

Mira mengakui menangis ketika membaca skrip. Dalam drama itu, dia membawa wanita Billa yang cuba hamil.

“Dalam kehidupan realiti, saya ada anak, keluarga dan boleh mengandung. Jadi, untuk bayangkan diri jadi wanita tidak boleh mengandung, agak sukar,” katanya.

Mandul Bukan Pilihan adalah drama kekeluargaan yang sarat dengan mesej sosial, sekaligus mengangkat isu infertiliti dalam kalangan pasangan muda.

Berlatarkan perjanjian RM1 juta yang mengikat nasib rumah tangga sepasang suami isteri, mereka terpaksa membuat keputusan yang mencabar norma, kepercayaan dan prinsip hidup.

Drama ini membuka ruang perbincangan mengenai tekanan emosi dan stigma yang sering dipendam wanita. Selain Mira, drama Mandul Bukan Pilihan turut dibintangi Hun Haqeem, Ayda Jebat dan Ashraf Muslim. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here