Home Buletin Semasa BOMBA HALANG CUBAAN WANITA BUNUH DIRI

BOMBA HALANG CUBAAN WANITA BUNUH DIRI

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TANAH MERAH:  Seorang wanita dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat lima Hospital Tanah Merah di sini, tengah malam tadi berjaya dihalang sepasukan anggota bomba.

Pegawai Bomba Kanan II Ruslan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan wanita berkenaan pada jam 12.32 tengah malam tadi.

“Kita mengarahkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah ke lokasi untuk tindakan.

“Apabila tiba di lokasi, benar ada seorang wanita cuba terjun bangunan tingkat empat dipercayai untuk membunuh diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, anggota bomba segera memujuk mangsa sambil melakukan persiapan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Bagaimanapun, mangsa berjaya dipujuk dan dihalang dari terjun dari bangunan itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here