Home Buletin Semasa MDSB GEMPUR PREMIS TANPA LESEN, KELENGKAPAN OPERASI DISITA

MDSB GEMPUR PREMIS TANPA LESEN, KELENGKAPAN OPERASI DISITA

17
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

SABAK BERNAM: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mengambil tindakan terhadap beberapa premis perniagaan yang beroperasi tanpa lesen sah menerusi tiga operasi risikan dan serbuan di sekitar daerah ini pada 14 Julai lalu.

Yang Dipertua MDSB, Awaluddin Zakaria dalam kenyataan memaklumkan operasi yang dijalankan Jabatan Penguatkuasaan itu mendapati terdapat premis menjalankan aktiviti urutan badan tanpa lesen, melanggar syarat Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MDSB 2013 serta mengendalikan aktiviti hiburan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa tempatan berkenaan.

“Susulan itu, tindakan penguatkuasaan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

“Selain itu, pelbagai barangan dan kelengkapan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti berkenaan turut disita untuk tujuan siasatan serta tindakan lanjut,”katanya.

Beliau menegaskan pihaknya akan terus mempertingkatkan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan syarat pelesenan yang ditetapkan, sekali gus memelihara ketenteraman awam serta kesejahteraan masyarakat.

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here