Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Imsomnia menjadi salah satu masalah yang semakin umum dalam kalangan masyarakat pada masa kini.
Ramai yang mengalami kesukaran tidur sehinggakan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang.
Tahukah anda, daun bidara telah lama digunakan dalam perubatan tradisional sebagai herba untuk pelbagai keadaan termasuk gangguan tidur.
Salah satu cara untuk memanfaatkan daun bidara adalah dengan menjadikannya sebagai teh.
Orang ramai boleh mengambil beberapa helai daun bidara segar, kemudian cuci dan rebusnya dalam air mendidih selama 10-15 minit.
Teh tersebut boleh diminum selama 30 minit sebelum tidur.
Manfaat daun bidara untuk mengatasi masalah imsomnia:
1. Sifat menenangkan: Daun bidara mengandungi senyawa seperti saponin dan flavonoid yang memiliki sifat menenangkan, yang dapat membantu mengurangkan tekanan yang boleh menyebabkan gangguan tidur.
2. Menenangkan sistem saraf: Teh dari daun bidara kadang digunakan dalam perubatan tradisional untuk menenangkan sistem saraf, yang berperanan penting dalam membantu seseorang lebih mudah tidur.
3. Mengurangkan berlaku keradangan: Beberapa penelitian menunjukkan bahawa daun bidara memiliki sifat anti-inflamasi yang membantu mengurangkan ketegangan otot atau radang, yang boleh menjadi penyebab ketidaknyamanan ketika tidur.
Bagaimanapun, sekiranya penggunaan daun ini tidak memberikan apa-apa kesan kepada individu tersebut, disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.
IMedikel TV






