Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Limau purut bukan sahaja menyedapkan masakan, tetapi juga memberi pelbagai manfaat kesihatan.
Tahukah anda limau purut juga membantu menenangkan minda, terutamanya melalui penggunaan minyak esensial yang diekstrak dari kulit dan daunnya.
Bukan sahaja baunya yang wangi malah minyak esensial limau purut juga mempunyai aroma yang segar dan menenangkan, yang sering digunakan dalam aromaterapi untuk mengurangkan tekanan, kebimbangan, dan keletihan mental.
Bau harum ini merangsang otak untuk mengeluarkan hormon yang menenangkan sistem saraf, membantu meredakan ketegangan dan meningkatkan mood.
Penggunaan limau purut dalam mandian herba atau sebagai minyak urut juga dapat membantu merelaksasikan tubuh dan minda, memberikan rasa tenang dan membantu mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.
Oleh itu, limau purut memang berkesan dalam membantu menenangkan minda dan mengurangkan tekanan harian.
IMedikel TV






