Home Hiburan MAJLIS RESEPSI AISYAH AZIZ, DR AMIR PENUH NUANSA ISLAMI

MAJLIS RESEPSI AISYAH AZIZ, DR AMIR PENUH NUANSA ISLAMI

479
0

KUALA LUMPUR: Penyanyi asal Singapura, Aisyah Aziz dan suaminya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail diraikan dalam majlis menyambut menantu yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, dengan tema Islami yang cukup menyentuh jiwa, Aisyah mencuri tumpuan hadirin apabila tampil anggun dan sopan mengenakan purdah, manakala suaminya tampil ringkas namun kemas dalam persalinan baju Melayu sedondon berwarna kelabu.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga dan kenalan rapat, termasuk abang Aisyah yang juga penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dan diacarakan pengacara, Ahmad Fedtri Yahya.

Malah Ahmad Fedtri turut berkongsi suasana meriah dan penuh makna itu di TikTok.

“Usai mengacarakan resepsi indah penuh nuansa Islami. Resepsi Aisyah Aziz dan Dr Amir. Selawat Qasidah dan bacaan ayat suci al-Quran menghiasi ruang dewan yang makmur,” kongsinya.

Terdahulu, pasangan Aisyah dan Fakhrudin selamat diijabkabulkan dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada 11 April lalu di sebuah masjid di Singapura. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here