Oleh: Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi dan Tuan Nur Izyani
KUALA LUMPUR: Umpama wira yang tidak didendang, para sukeralawan sudah sebati dan dekat dihati para gelandangan, malah ada juga mahasiwiswa dan mahasiswi turut turun padang meraikan mereka.
Program Sparks of Hope itu berlangsung di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dan sekitar Chow Kit bertemakan Denyutan Jiwa Gelandangan “Malaysia Madani, Gelandangan Disantuni”.
Pengarah program, Sudhani Teh Zhi Hui, berkata program itu untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa dan komuniti setempat dalam membantu dan menanam sikap empati terhadap komuniti gelandangan yang kurang bernasib baik di samping memperoleh pengalaman yang berharga dalam membantu dan berinteraksi secara terus dengan komuniti gelandangan.
“Saya yakin bahawa apabila perkara yang baik kita kerjakan, maka akan ada banyak usaha yang akan membantu menjayakannya. Dan dengan kolaborasi bersama semua pihak, sebanyak 400 hygiene kit dan barangan keperluan, serta 100 pek makanan telah disalurkan kepada golongan gelandangan”

Tambahnya lagi, program ini juga membawa pendekatan Knowledge Transfer dimana penghuni diajarkan teknik refleksologi kaki yang menjadi kepakaran UPSI melalui Kelab Rehabilitasi Sukan. Selain itu, sesi perapian diri melalui program From Hairrific To Terrific memberi perkhidmatan gunting rambut dengan percuma kepada semua penghuni.
Kesemua program ini selari dengan objektif Semarak Siswa Madani Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menekankan usaha sama di antara IPTA dengan industri tempatan untuk pengukuhan ilmu terhadap komuniti dan industri di Malaysia.
Pengetua Kolej Harun Aminurrashid Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Che Anuar Che Abdullah, berkata UPSI sentiasa komited membawa perpaduan bersama dengan kominiti.

“Pastinya, UPSI sebagai Universiti Kebitaraan Pendidikan akan sentiasa membuka minda dan peluang kepada mahasiswa untuk bertindak secara inovatif dan berinisiatif memberikan banyak manfaat bagi menolong golongan kurang yang bernasib baik ini. Ianya tidak hanya berkesan besar dalam membangun nilai poitif dalam diri, ia juga akan membawa manfaat untuk merasai kebersamaan bersama komuniti” katanya.
Program itu usahasama antara UPSI dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara, Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia, MR. D.I.Y (M) Berhad, Produx Pro Sdn.Bhd dan Pertubuhan Ar-Riqab Kuala Lumpur.
IMedikel TV






